Tiga cedera nahas kereta, trak pikap di JRTB Gerik

GERIK – Tiga cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan trak pikap di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Banjaran Titiwangsa di sini pada Ahad.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu sekitar jam 11.50 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi dan turut dibantu anggota dari BBP Jeli.

“Ketika tiba di lokasi kita mendapati, kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Toyota Vios dan trak pikap jenis Toyota Hilux.

“Terdapat dua mangsa iaitu lelaki dan wanita dalam Toyota Vios manakala seorang lagi mangsa lelaki berada di dalam trak pikap.

“Seorang mangsa wanita dilaporkan masih tersepit di bahagian penumpang hadapan kereta Toyota Vios manakala dua mangsa lelaki telah dikeluarkan oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, ketua operasi melaksanakan penilaian situasi seterusnya mengaplikasikan Konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan pengusung sehingga mangsa wanita yang tersepit berjaya dikeluarkan.

“Seterusnya anggota mengunakan satu aliran salur bantu mula bagi membersihkan sisa sisa kemalangan,” ujarnya.

Beliau berkata, kesemua mangsa cedera telah di berikan rawatan awal dan dihantar oleh jentera Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) Gerik – Jeli ke hospital untuk tindakan lanjut

“Operasi terkawal pada jam 1.30 petang dan tamat sepenuhnya jam 1.42 petang,“ katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki terselamat, trak pikap musnah terbakar selepas terbabas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI