Tiga cedera, Proton Exora langgar pokok

TAIPING – Tiga individu cedera selepas kereta Proton Exora yang dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok sebelum terbalik di kilometer (km) 201 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Kamunting, pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kemalangan jalan raya itu pada jam 3.12 petang.

Katanya, sejurus selepas itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting diatur gerak ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, pasukan bomba di lokasi mendapati terdapat seorang lelaki berusia 80 tahun tersepit pada bahagian tempat duduk pemandu kereta.

“Manakala dua lagi mangsa iaitu seorang wanita berusia 70 tahun dan seorang lelaki berusia sekitar 50 tahun telah dikeluarkan lebih awal oleh orang awam,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sabarodzi berkata, pasukan bomba kemudian menggunakan peralatan hidraulik bagi membantu membawa keluar mangsa yang tersepit.

“Ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan dan diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Kesemua mangsa kemudian dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS dan ambulans,” tambah beliau.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK I), Muhammad Nurmuizzudin Ahmad Hamid tamat pada jam 4.50 petang. – MG Perak.

 

Artikel Berkaitan:

Bomba Perak terima lebih 30 panggilan sehari susulan cuaca panas

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI