Tiga kakitangan JKR lemas: Polis rakam percakapan 19 individu

KAMPAR – Polis telah mengambil keterangan 19 individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian lemas melibatkan tiga kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menyertai aktiviti ‘water rafting’ di Sungai Jahang, Gopeng, semalam.

Ketua Polis Daerah Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, antara yang diambil keterangan termasuklah peserta aktiviti tersebut dan jurupandu.

“Setakat ini, kita telah mengambil keterangan daripada 19 individu dan lebih ramai individu dijangka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau Mohamad Nazri berkata, ketiga-tiga jenazah telah dituntut ahli keluarga masing-masing dari Unit Forensik Hospital Kampar pagi ini.

Katanya, hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati punca kematian adalah disebabkan ‘asphyxia secondary to drowning’ atau mati lemas.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Semalam media melaporkan, tiga kakitangan JKR maut ketika menyertai aktiviti ‘water rafting’ dipercayai akibat kepala air di Sungai Jahang, Gopeng petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Jurutera Daerah SPT, Suhaili Mat Saad, 47.

Dua lagi mangsa, Penolong Jurutera Kanan, Mohamad Khairul Hakim Hamidi, 37, dan Pegawai Khidmat Pelanggan, Muhammad Ikram Abdul Bari, 29, pula bertugas di JKR Langkawi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiga ditemui lemas ketika aktiviti ‘water rafting’

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI