Tiga kedai sederet musnah dijilat api

TELUK INTAN – Sederet tiga kedai musnah 90 peratus dalam kebakaran berhampiran Grand Court, Jalan Maharajalela, di sini, pada awal pagi Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kebakaran yang berlaku jam 4.20 pagi itu membabitkan bengkel motosikal, bengkel cat kereta serta kedai minuman.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.20 pagi dan 16 orang anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Hutan Melintang, Pasukan Bomba Sukarela Teluk Intan, Batu 12 dan Langkap segera bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi didapati sebuah bengkel motosikal terbakar sekitar 90 peratus dan melibatkan anggaran 50 buah motosikal.

“Selain itu, kedai minuman turut terbakar 90 peratus manakala bengkel cat kereta kelas juga terbakar 90 peratus serta melibatkan sebuah kereta Honda Accord yang musnah terbakar sekitar 70 peratus,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, ketua operasi membuat size up dan mengaplikasikan konsep RECEO, seterusnya mengarahkan anggota membuat pemadaman dengan menggunakan sumber air dari pili bomba.

“Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran ini dan operasi tamat sepenuhnya jam 6.38 pagi,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Manjoi

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI