Tiga pasangan kembar antara 1,727 pelajar baharu PUO

IPOH – Suasana pendaftaran pelajar baharu di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini hujung minggu lalu diserikan dengan kehadiran tiga pasangan kembar yang memilih institusi itu sebagai destinasi pengajian mereka.

Kesemua pasangan kembar tersebut adalah antara 1,727 pelajar baharu yang mendaftar bagi Sesi 1 2025/2026 di institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PUO, Mohd Fakrul Razi Jamaluddin berkata, ketiga-tiga pasangan kembar berusia 18 tahun itu telah melakukan pendaftaran secara rasmi pada 26 dan 27 Julai lalu.

“Pasangan kembar Nurul Syafriena Nasaruddin dan Nurul Syafrieza Nasaruddin mendaftar bagi mengikuti Diploma Pengajian Perniagaan manakala D Sharran dan D Sharanie pula mendaftar dalam program Diploma Perakaunan. Kedua-dua pasangan kembar itu berasal dari Rawang, Selangor.

“Bagi pasangan Saw Xin Ying dan Saw Xin Yi dari Kota Setar, Kedah, mereka memilih Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) untuk melanjutkan pengajian di IPT berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kehadiran pasangan kembar itu menyerikan lagi suasana pendaftaran dan mencerminkan tarikan PUO sebagai IPT Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama.

“PUO mencapai kejayaan cemerlang apabila mencatatkan 100 peratus pencapaian pendaftaran pelajar baharu bagi sesi ini sekali gus menepati sasaran penuh norma ambilan institusi dengan 914 pelajar mendaftar secara rasmi pada 26 Julai dan 813 pelajar pada keesokan harinya.

“Seluruh warga kerja PUO menyambut pencapaian 100 peratus ini dengan penuh semangat. Kejayaan ini mencerminkan kepercayaan ibu bapa dan pelajar terhadap kualiti pendidikan serta persekitaran kondusif yang ditawarkan oleh PUO,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pelajar PUO pamer inovasi, kepakaran industri di SMETSCM 2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI