Tiga pelajar politeknik selamatkan dua kanak-kanak dari lemas

TERENGGANU -Tanpa memikir panjang, tiga pelajar politeknik nekad menyelamatkan dua kanak-kanak yang hampir lemas ketika mandi di Pulau Perhentian, semalam.

Pelajar tersebut adalah Ahmad Danial Safwan Ahmad Safri dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Naufal Zahari dari Politeknik Sandakan Sabah (PSS) dan Mohamad Haikal Danis Mohamad Nasir dari Politeknik Seberang Perai (PSP).

Ketika kejadian, ketiga-tiga pelajar terbabit sedang melakukan aktiviti dalam kumpulan berhampiran tempat kejadian.

“Kami ternampak ada dua kanak-kanak hampir lemas ketika mereka mandi di pantai, tanpa berlengah kami terus ke arah mangsa.

“Tempatnya agak dalam dan tak tercapai oleh kaki,” ujar Ahmad Danial ketika ditemui.

Naufal berkata, kedua-dua mangsa yang berumur dalam lingkungan 9 tahun masih bernafas ketika diselamatkan namun salah seorang mangsa muntah teruk dan agak lemah.

Sementara itu, seorang lagi pelajar iaitu Muhammad Haikal memanjatkan kesyukuran kerana berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

“Alhamdulillah, berbekalkan pengetahuan asas penyelamat ketika belajar di politeknik, kami yakinkan diri untuk menyelamat kanak-kanak berkenaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI