Tiga wanita parah kemalangan kereta dengan lori

TAPAH – Tiga wanita cedera parah dalam kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua Alza dengan sebuah lori di kilometer (KM) 329.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 4.21 pagi.

Menurutnya, sepasukan 12 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah telah bergegas ke lokasi kemalangan tersebut.

“Sejurus tiba di lokasi, terdapat enam orang mangsa perempuan yang kesemuanya berbangsa melayu.

“Tiga orang mangsa yang tersepit di dalam kenderaan mengalami kecederaan parah manakala tiga orang lagi telah keluar dengan sendirinya sebelum jentera bomba sampai mengalami kecederaan ringan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kesemua mangsa dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulans dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Fazril Md Noor tamat jam 5.08 pagi,” katanya. – MG Perak.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI