Tindakan tegas jika sertai Himpunan Mahkamah Rakyat Hukum Anwar

IPOH – Polis meminta orang ramai untuk tidak menyertai satu perhimpunan yang akan diadakan di hadapan Pejabat Parlimen Tambun, di Meru Raya, dekat sini, Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, perhimpunan itu merupakan perkara yang menyalahi undang-undang kerana tidak mendapat kebenaran daripada pemilik kawasan.

Justeru katanya, tindakan tegas akan diambil keatas mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan berkenaan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

“Polis menerima pemakluman daripada Sekretariat Selamatkan Malaysia berkaitan Himpunan Mahkamah Rakyat Hukum Anwar yang akan diadakan di hadapan Pejabat Parlimen Tambun.

“Setelah disemak mendapati pemakluman itu tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Terdahulu, pihak polis mengesan satu video daripada akaun Facebook sebuah portal berita tempatan yang memaparkan satu himpunan protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan di Ipoh.

Media melaporkan, Sekretariat Selamatkan Malaysia akan mengadakan beberapa siri ceramah umum dan perhimpunan di sekitar Perak. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

‘Tunggu PRU kalau hendak ubah kerajaan, bukan menjerit’

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI