Titah Adendum: AMK Perak tuntut pembangkang dikenakan tindakan tegas

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh susulan dakwaan penyebaran fitnah pembangkang kepada kerajaan yang kononnya menyembunyikan Titah Adendum

Laporan itu dibuat Exco AMK Perak, Ahmad Nazrin Shah Abd Rahman pada jam 4.30 petang tadi dan difahamkan, setakat petang tadi, sebanyak 24 laporan polis telah dibuat di seluruh negara.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Zaim Sidqi Zulkifly berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja berniat mencemar kredibiliti kerajaan tetapi juga mencetuskan ketegangan dalam kalangan rakyat.

“AMK Perak turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab itu yang menyebarkan fitnah tersebut terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan kerana

“Tuduhan palsu yang dilemparkan secara terang-terangan ini adalah serangan politik kotor yang melangkaui batas moral dan undang-undang.

“Fitnah ini bukan sahaja menyerang integriti kepimpinan negara, tetapi juga mencabar prinsip keadilan, perpaduan dan keharmonian rakyat,“ katanya pada Selasa.

Titah Adendum: AMK Perak tuntut pembangkang dikenakan tindakan tegas
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Zaim Sidqi Zulkifly ketika hadir pada sidang media berkaitan beberapa pemimpin pembangkang yang terus-menerus menyebarkan fitnah jahat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Malaysia selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 JANUARI 2025.

Justeru, beliau meminta supaya siasatan rapi dilakukan terhadap semua individu yang terlibat.

“Kami berharap mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 124D Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya di sini, petang tadi.

Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Isnin membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Titah Adendum berkenaan didakwa diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Ahmad Zahid ada peranan besar rungkai titah adendum – Annuar Musa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI