TNB nasihat pelanggan berwaspada panggilan palsu menyamar pegawainya

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang meneliti maklumat berkenaan kejadian seorang pesara yang kerugian RM50,000 selepas menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawainya.

TNB dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut dan menegaskan individu yang menghubungi mangsa dalam kes tersebut tidak mewakili TNB.

Dalam masa sama, TNB menasihatkan para pelanggan supaya berwaspada terhadap panggilan mencurigakan yang mengaku daripada syarikat berkenaan.

Ujarnya, pelanggan juga dinasihatkan tidak memberikan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, alamat atau rekod akaun melalui telefon tanpa pengesahan.

“Pelanggan TNB juga boleh menghubungi TNB Careline ditalian 1300-88-5454 untuk mendapatkan pengesahan sekiranya menerima panggilan meragukan,” katanya menerusi laman sosial Facebook TNB CareLine hari ini.

Terdahulu, media hari ini melaporkan seorang wanita pesara kerajaan di Terenngganu kerugian RM50,000 selepas diperdaya sindiket penipuan telefon atau phone scam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa berusia 71 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai TNB pada 29 Januari lalu.

Beliau berkata, suspek mendakwa nama mangsa telah disalahgunakan untuk pendaftaran meter TNB yang diubah suai untuk kerja mencuri elektrik di Pahang, sebelum disambungkan pula kepada rakan suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

Azli berkata, mangsa yang bimbang dikenakan tindakan undang-undang telah membuat pindahan wang berjumlah RM50,000 ke lima akaun berbeza seperti diarahkan suspek.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun berasa curiga kerana suspek gagal dihubungi dan menceritakan kejadian itu kepada anaknya untuk mendapat nasihat.

Mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan polis pada 10.05 pagi semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazettea

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI