Tolak isteri dalam gaung: Lelaki tak mengaku salah dua pertuduhan

KUALA KANGSAR – Seorang lelaki yang didakwa menolak isteri ke dalam gaung dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Jumaat, atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan cubaan membunuh wanita itu bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Azzuan Ahmad, 39, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu dan mohon dibicara selepas ia dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa menakutkan secara jenayah dengan ugutan hendak menyebabkan kematian terhadap Nor Diyanah Ahmad, 32.

Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menuju Kuala Kangsar dalam Daerah Kuala Kangsar pada malam 26 Julai lalu.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Pada masa sama, Mohd Azzuan juga didakwa telah cuba membunuh individu sama sehingga menyebabkan kecederaan.

Tolak isteri dalam gaung Lelaki tak mengaku salah dua pertuduhan tertuduh hakim mahkamah menolak
Seorang lelaki yang didakwa menolak isteri ke dalam gaung dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Jumaat, atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan cubaan membunuh wanita itu bulan lalu.
Tertuduh, Mohd Azzuan Ahmad, 39, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu dan mohon dibicara selepas ia dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 OGOS 2024.

Ia dilakukan di tepi jalan berhampiran kilometer (km) 32.1 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dalam Daerah Gerik antara jam 4 pagi sehingga 5 pagi, tarikh sama.

Justeru tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda, dan jika perbuatan menyebabkan cedera, tertuduh hendaklah di penjara sehingga 20 tahun.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan memohon mahkamah memerintahkan tertuduh dikenakan jaminan RM10,000 bagi pertuduhan pertama dan RM20,000 bagi pertuduhan kedua selain lelaki itu dikenakan syarat tambahan.

Syarat tambahan berkenaan adalah tidak mengganggu mangsa dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Hennie Soraya Hanafi memohon hakim mengenakan jaminan minima kerana tertuduh tiada pendapatan tetap selain perlu menanggung kesemua anak yang masih bersekolah.

Katanya, tertuduh juga bersedia untuk tinggal berasingan selama tempoh kes berjalan dengan menetap di rumah ibunya di Baling, Kedah yang jauh dari rumah perkahwinan di Machang, Kelantan.

Hakim Rohaida kemudian memerintahkan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan menetapkan 19 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta lantikan peguam.

Media sebelum ini melaporkan, lelaki itu direman selama tujuh hari bermula 6 Ohos lalu untuk siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Pada 1 Ogos media melaporkan, menahan seorang lelaki selepas mencekik dan menolak isterinya ke dalam gaung di JRTB Gerik, 26 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa membawa mangsa, dari tempat kerja di Kuala Lumpur menuju ke Perak melalui lebuh raya utama atas alasan mahu pulang ke kampung.

Dilaporkan, sepanjang perjalanan itu berlaku pertengkaran mulut antara mereka. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lelaki tolak isteri jatuh gaung, ugut bunuh ditahan polis

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI