Tourism Malaysia sasar pulangan hasil pelancongan sebanyak RM270 bilion

IPOH – Tourism Malaysia menyasarkan ketibaan 45 juta pelawat asing dengan pulangan hasil pelancongan sebanyak RM270 bilion pada 2025.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Shahrin Mokhtar berkata, momentum positif ini berterusan apabila Malaysia merekodkan ketibaan pelawat asing seramai 6.7 juta orang bagi dua bulan pertama tahun ini.

“Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 31.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya ketika berucap pada Sesi Libat Urus Tourism Malaysia Bersama Penggiat Industri Pelancongan Perak di AC Hotel By Marriott, di sini pada Selasa.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Dalam pada itu, Shahrin berkata, sebanyak RM130 juta diperuntukkan dalam bentuk geran sokongan untuk merangsang industri pelancongan seperti Geran Galakan Melancong (GAMELAN), Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP) dan Geran Sektor Penerbangan dan Charter (GSPC).

“Sehubungan itu, pada hari ini kita akan mengadakan sesi pembentangan khas berkenaan sokongan pelancongan dan kebudayaan.

“Kita berharap penggiat industri pelancongan di Perak dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang ini untuk memohon geran bersesuaian bagi penganjuran acara atau aktiviti promosi pelancongan seriring untuk merancakkan kemeriahan sambutan TMM2026 (Tahun Melawat Malaysia 2026),” ujarnya.

Beliau berkata, kerjasama erat antara sektor awam dan swasta termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diperlukan bagi menjayakan kempen tersebut.

“Ini seiring dengan aspirasi TMM2026 yang menyasarkan ketibaan pelawat berpendapatan tinggi selain mempromosikan kebudayaan serta kelestarian pelancongan negara,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak peruntuk RM11.31 juta promosi Pelancongan Mesra Usia sempena TMM2026

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI