Tragedi kepala air: ‘Cahaya jadi petunjuk jumpa mangsa kanak-kanak pertama’ – penduduk

TAPAH – Penampakan seperti cahaya di bawah arus deras sungai menjadi petunjuk terhadap penemuan jenazah mangsa kanak-kanak pertama dalam tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor, dekat sini, pada Rabu.

Penduduk Kampung Poh, Muhd Izwan Nordin, 26 berkata, perasaannya bercampur-baur tatkala menemukan jasad Hafiy Muhayat Azam, 4 tahun, yang tersangkut pada akar pokok.

Menurutnya, penemuan itu susulan tindakan dia bersama penduduk kampung menggerakkan usaha sukarela membantu pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam mencari mangsa tragedi itu yang bermula pada jam 9.30 malam Rabu.

tragedi kepala air bidor tapah kanak-kanak keluarga mangsa kampung poh tragedi kepala air bidor tapah kanak-kanak keluarga mangsa kampung poh
Penduduk Kampung Poh, Muhd Izwan Nordin, 26, menceritakan petunjuk terhadap penemuan jenazah mangsa kanak-kanak pertama dalam tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor. Foto ABDULLAH YUSOF, 8 FEBRUARI 2024.

“Apabila saya menyelam pada kedalaman kira-kira setengah meter, saya ternampak seperti ada cahaya atau objek berwarna putih (dalam sungai). Saya terus mendekati dan memegang untuk memastikan ia adalah jasad kanak-kanak, dan memang betul ia adalah kaki kanak-kanak.

“Ketika itu, saya mendapati keadaan kanak-kanak itu berada dalam keadaan mengiring,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, pada Rabu.

tragedi kepala air bidor tapah kanak-kanak keluarga mangsa kampung poh tragedi kepala air bidor tapah kanak-kanak keluarga mangsa kampung poh
Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengangkat mayat kanak-kanak Hafiy Muhayat 4, yang lemas dalam kejadian kepala air di Sungai Kenjur Kampung Poh, Bidor. Foto ABDULLAH YUSOF, 7 FEBRUARI 2024.

Dia yang bekerja sebagai buruh sawit berkata, itu adalah pengalaman kali pertamanya mengikuti operasi pencarian mangsa hilang.

Katanya, walaupun keadaan air sungai ketika itu agak deras, namun dia tetap memberanikan diri untuk menyelam ke sungai itu sebagai  usaha mencari mangsa.

“Saya berasa kesian terhadap tragedi yang menimpa keluarga ini, malah saya amat mengenali ibu bapa kanak-kanak ini. Tambahan, kejadian ini pula berlaku di kampung saya. Ia menguatkan lagi perasaan saya untuk membantu.

“Sebaik sahaja saya menjumpai jasad kanak-kanak itu, saya terus panggil kawan-kawan lain yang membantu untuk mendapatkan pasukan SAR,” katanya.

kepala air bidor tapah perak mangsa kanak-kanak ibu saudara
Aznur Radin Mustapha Amiruddin, 51, menunjukkan antara barangan dipercayai dimiliki dua anak saudaranya yang menjadi mangsa dalam kejadian kepala air di Sungai Kenjur Kampung Poh, Bidor. Foto ABDULLAH YUSOF, 7 FEBRUARI 2024.

Sebelum itu, media melaporkan keriangan tujuh sekeluarga yang sedang berkelah di kawasan Sungai Kenjur bertukar tragedi selepas terperangkap dalam kejadian kelapa air sekitar jam 4 petang Rabu.

Empat daripada mangsa iaitu seorang wanita bersama tiga anaknya dipercayai hilang dihanyutkan arus deras sementara tiga lagi terselamat.

Jasad Aszura Bani, 37, ditemukan pada kedudukan kira-kira 600 meter dari lokasi perkelahan oleh penduduk kampung sekitar jam 4.30 petang, hari sama.

Tiga anaknya Hafiy Muhayat ditemukan kira-kira pada jam 9.50 malam Rabu, sementara Hanum Marissa, 2, dan Hanna Mikayla, 7 ditemukan sekitar jam 9 pagi Khamis. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Mangsa terakhir, dua kanak-kanak ditemukan

Jasad kanak-kanak 4 tahun pula ditemukan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI