Tragedi kepala air: Hujan renyai iringi pengebumian tiga beradik

TAPAH – Suasana pilu dan hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah tiga beradik lemas dalam kejadian kepala air di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor di sini, pada Khamis.

Jenazah Hafiy Muhayat Azam, 4, Hanum Marissa, 2, dan Hanna Mikayla, 7 dikebumikan dalam satu liang lahad sekitar jam 6.20 petang di sisi pusara ibu, Aszura Bani, 37.

tragedi kepala air mangsa tiga beradik bidor tapah
Jenazah tiga beradik Hafiy Muhayat Azam, 4, Hanum Marissa, 2, dan Hanna Mikayla, 7, yang lemas dalam kejadian kepala air dibawa untuk pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor. Foto ABDULLAH YUSOF, 8 FEBRUARI 2024.

Van yang membawa ketiga-tiga jenazah dari Masjid Al-Muhtadin Bidor tiba di tanah perkuburan dengan disambut bapa, Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46 dan lebih 60 ahli keluarga.

Jenazah disolatkan di Masjid Al-Muhtadin Bidor sekitar jam 5.20 oleh kira-kira hampir 50 jemaah dalam kalangan ahli keluarga dan penduduk setempat.

Terdahulu, jenazah ibu kepada tiga beradik itu, Aszura selamat dikebumikan sekitar jam 12.20 tengah hari, di tanah perkuburan sama.

tragedi kepala air mangsa tiga beradik bidor tapah
Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, tidak dapat menahan sebak ketika pengebumian ketiga-tiga anaknya yang meninggal dunia dalam kejadian kepala air di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor. Foto ABDULLAH YUSOF, 8 FEBRUARI 2024.

Sebelum itu, media melaporkan keriangan enam sekeluarga yang sedang berkelah di kawasan Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor, bertukar tragedi selepas terperangkap dalam kejadian kepala air sekitar jam 4 petang Rabu.

Empat daripada mangsa iaitu seorang wanita bersama tiga anaknya dipercayai hilang dihanyutkan arus deras sungai.

Jasad Aszura ditemukan pada kedudukan kira-kira 600 meter dari lokasi perkelahan oleh penduduk kampung sekitar jam 4.30 petang, hari sama.

tragedi kepala air mangsa tiga beradik bidor tapah
Jenazah tiga beradik Hafiy Muhayat Azam, 4, Hanum Marissa, 2, dan Hanna Mikayla, 7, yang lemas dalam kejadian kepala air di solatkan di Masjid Al-Muhtadin Bidor. Foto ABDULLAH YUSOF, 8 FEBRUARI 2024.
tragedi kepala air mangsa tiga beradik bidor tapah
Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, ketika pengebumian ketiga-tiga anaknya yang meninggal dunia dalam kejadian kepala air di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor. Foto ABDULLAH YUSOF, 8 FEBRUARI 2024.

Tiga anaknyam Hafiy Muhayat ditemukan kira-kira pada jam 9.50 malam Rabu, sementara Hanum Marissa, 2, dan Hanna Mikayla, 7 ditemukan sekitar jam 9 pagi Khamis.

Dalam kejadian sama, ia turut melibatkan kakak kepada Aszura, Aslinda Bani, 38, dan anak lelakinya berusia 11 tahun.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka bersama dengan seorang pengasuh wanita warga Indonesia berusia 30-an dilaporkan selamat. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tragedi kepala air: Jasad kanak-kanak 4 tahun pula ditemukan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI