Tragedi kepala air: Tiga kanak-kanak dikhuatiri hanyut

TAPAH – Keriangan enam ahli keluarga untuk beriadah bertukar tragedi selepas terlibat dengan kejadian kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor, dekat sini, pada Rabu.

Kejadian itu melibatkan, Aszura Bani, 37, meninggal dunia dipercayai akibat lemas sementara tiga anaknya yang masing-masing berusia tujuh, empat dan dua tahun dikhuatiri dihanyutkan arus deras.

Sementara kakak mangsa, Aslinda Bani, 38, bersama anak lelakinya, Muhammad Adam Mukhris Rozi, 11 bersama seorang pengasuh wanita warga Indonesia berusia 30an disahkan selamat.

kepala air enam keluarga kanak-kanak hilang arus deras sungai bidor tapah polis tapah
Ketua Polis Daerah Tapah Superitendan Mohd Naim Asnawi. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 FEBRUARI 2024.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 4.30 petang.

Menurutnya, mangsa lemas pertama itu ditemukan oleh penduduk kampung pada jarak 600 meter dari lokasi kejadian.

“Dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu, seorang warganegara Indonesia telah berpaut pada sebongkah batu besar pada sungai berkenaan.

“Wanita itu kemudian berjaya diselamatkan penduduk pada kedudukan kira-kira 100 meter dari lokasi mereka semua beriadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di Kampung Poh, Bidor, dekat sini, pada Khamis.

kepala air enam keluarga kanak-kanak hilang arus deras sungai bidor tapah polis tapah
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga kanak-kanak terlibat dalam kejadian kepada air Kampung Poh, Bidor. Foto JBPM PERAK.

Menurut Mohd Naim, operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan melibatkan pelbagai agensi dengan radius pencarian sejauh 3 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Selain itu, beliau berkata, mangsa maut dan pengasuh wanita telah dihantar ke Hospital Tapah untuk tindakan selanjutnya.

Tambah beliau lagi, berdasarkan maklumat penduduk, kejadian kepala air seumpama itu jarang berlaku di kawasan berkenaan.

kepala air enam keluarga kanak-kanak hilang arus deras sungai bidor tapah polis tapah
Suami kepada mangsa lemas selepas terlibat dalam kejadian kepala air bersama enam ahli keluarga yang sedang berkelah di Jalan Brussel, Kampung Poh, Bidor. Foto ABDULLAH YUSOF, 7 FEBRUARI 2024.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan polis, pasukan menyelamat di air (PPDA), bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan unit anjing pengesan (K9).

Tinjauan di lokasi mendapati Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) telah didirikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Koh.

Operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada jam 7.30 malam dan dijadual disambung semula pada jam 8 pagi Khamis. -MG Perak.

 

Artikel Berkaitan:

Kepala air: Seorang wanita maut, tiga kanak-kanak masih hilang

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI