Trend rokok elektronik dalam kalangan masyarakat membimbangkan

BAGAN SERAI – Prevalens perokok tembakau dalam negara menunjukkan penurunan iaitu daripada 21.3 peratus pada tahun 2019 kepada 19.0 peratus tahun lalu.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri, A Sivanesan berkata, bagaimanapun masih wujud kebimbangan ketara dalam trend perkembangan perokok di Malaysia.

Jelasnya, ini kerana walaupun trend prevalens perokok tembakau merekodkan penurunan, trend penggunaan rokok elektronik pula menunjukkan sebaliknya.

Trend penggunaan rokok elektronik dalam kalangan masyarakat membimbangkan sivanesan kesihatan tabiat merokok remaja perak
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan berucap pada Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau Peringkat Negeri Perak 2024 dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Kerian 2024 di Bukit Merah Laketown Resort, Kerian. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 JULAI 2024.

“Berdasarkan kepada kajian, kadar penggunaan rokok elektronik telah melonjak sebanyak 600 peratus dalam tempoh 12 tahun, iaitu peningkatan 0.8 peratus pada tahun 2011 kepada 5.8 peratus pada tahun 2023.

“Selain itu, dapatan kajian tersebut menunjukkan kadar penggunaan rokok elektronik adalah tertinggi dalam kumpulan umur 15 hingga 24.

“Ini membuktikan bahawa lebih ramai golongan remaja terdedah dengan penggunaan rokok elektronik atau vape,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Negeri Perak Dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Kerian 2024 di Bukit Merah Laketown Resort, dekat sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak (Kesihatan Awam), Dr Noor Rizawati Mahpot yang mewakili Pengarah Kesihatan Negeri.

Trend penggunaan rokok elektronik dalam kalangan masyarakat membimbangkan sivanesan kesihatan tabiat merokok remaja perak
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan (tiga, kanan) menyerahkan sijil cura kepada pemenang pada Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau Peringkat Negeri Perak 2024 dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Kerian 2024 di Bukit Merah Laketown Resort, Kerian. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 JULAI 2024.

Dalam pada itu, Sivanesan memberitahu, hasil dapatan kajian Penggunaan Tembakau Dewasa Global 2023 itu merumuskan terdapat beberapa faktor utama menyebabkan mereka terjebak dengan tabiat itu.

Jelasnya, ia seperti kurangnya kawalan peraturan, daya tarikan yang ada pada peranti rokok elektronik berkenaan serta wujud persepsi rokok elektronik kurang mudarat berbanding rokok konvensional.

Justeru Sivanesan menggesa agar semua pihak untuk sama-sama membantu kerajaan dalam usaha melindungi golongan muda daripada terjebak dengan tabiat tidak sihat itu.

Trend penggunaan rokok elektronik dalam kalangan masyarakat membimbangkan sivanesan kesihatan tabiat merokok remaja perak
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan merasmikan Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau Peringkat Negeri Perak 2024 dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Kerian 2024 di Bukit Merah Laketown Resort, Kerian. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 JULAI 2024.

“Semoga di Perak, setiap lapisan masyarakat akan lebih cakna terhadap pentingnya kawalan kesihatan kendiri dan pengamalan budaya hidup sihat agar menjadi rutin dalam kehidupan seharian.

“Juga dengan kesedaran bahayanya produk tembakau, rokok elektronik serta Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang akan dikuatkuasakan ini diharap dapat melindungi golongan muda daripada terdedah kepada ancaman rokok,” katanya.

Terdahulu Dr Noor Rizawati ketika berucap menyarankan agar golongan perokok termasuk golongan remaja untuk segera menghentikan tabiat buruk itu.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan (tengah) melawat reruai pameran pada Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau Peringkat Negeri Perak 2024 dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Kerian 2024 di Bukit Merah Laketown Resort, Kerian. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 JULAI 2024.

Kata beliau, mereka boleh menghubungi terus premis Kementerian Kesihatan (KKM) seperti hospital dan klinik kesihatan bagi mendapatkan perkhidmatan untuk berhenti merokok.

“Kami mempunyai pakar-pakar kesihatan yang boleh memberi nasihat serta panduan untuk berhenti merokok.

“Namun begitu usaha ini hanya akan berjaya sekiranya perokok sendiri mempunyai iltizam, kekuatan semangat dan keyakinan yang tinggi untuk berhenti tabiat merokok tersebut,” ujarnya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Cadangan kawasan khas merokok belum muktamad – Dzulkefly

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI