Trump tiba, sempat berjoget bersama penari kebudayaan

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 10 pagi tadi dengan disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Presiden AS itu kelihatan ceria dan beramah mesra dengan Perdana Menteri malah sempat berjoget ketika disambut oleh penari kebudayaan Malaysia sebaik turun dari pesawat rasmi, Air Force One di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Terdahulu, pesawat rasmi berwarna biru dan putih itu dilihat memasuki ruang udara Malaysia dengan diiringi sebuah jet pejuang.

Lawatan Trump ke Malaysia adalah sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula hari hingga 28 Oktober ini.

Beliau dijadual menghadiri sesi pembukaan sidang kemuncak serta mengadakan beberapa pertemuan dua hala dengan pemimpin ASEAN dan rakan dialog utama.

Ini merupakan lawatan pertama Trump ke Malaysia sejak memulakan penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat pada November lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI