Tujuh jam bawa keluar wanita Orang Asli dipatuk ular

GERIK – Pasukan Bomba Perak mengambil masa tujuh jam dalam operasi membantu membawa seorang wanita Orang Asli yang cedera dipatuk seekor ular mendapatkan rawatan di Pos Kemar, dekat sini, pada Ahad.

Mangsa dikenali sebagai Ana Along, 32, mengalami gejala muntah dan tidak boleh berjalan selepas dipatuk haiwan liar itu ketika di Kampung Lenweng.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu sekitar jam 3 petang, pada Sabtu.

Katanya, lima anggota dan pegawai bomba daripada Balai Bomba serta Penyelamat (BBP) Gerik kemudian diatur gerak ke lokasi kejadian sejauh 50 kilometer (km), dengan dibantu masing-masing dua anggota polis dan malim gunung.

“Pasukan penyelamat terpaksa melalui kawasan berbukit selain perlu melintasi sungai di sepanjang perjalanan menuju ke lokasi mangsa yang berada kira-kira 10 km dari Pos Kemar.

“Pasukan kemudian kemudian tiba di lokasi pada sekitar tengah malam semalam, dan berbincang dengan pegawai perubatan untuk membawa mangsa keluar dengan kadar segera.

“Operasi membawa mangsa keluar menggunakan stretcher atau pengusung, bermula pada jam 8 pagi Selasa, dan akhirnya tiba di Pos Kemar kira-kira tujuh jam kemudian,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Sabarodzi memberitahu, wanita itu kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Pos Kemar sebelum ke Hospital Gerik untuk menerima rawatan susulan.

Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Azizan Aziz itu tamat pada jam 7 petang. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Bomba selamatkan dua lelaki sesat turun Bukit 300

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI