‘Tun Mahathir jadi PM 22 tahun kerana sokongan UMNO’

BERUAS – Ahli-ahli UMNO yang terus kekal bersama parti merupakan tonggak kekuatan UMNO dalam mendepani pelbagai cabaran politik masa kini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyifatkan kesetiaan terhadap parti adalah tindakan mulia berbanding mereka yang meninggalkan UMNO selepas mengecapi kejayaan hasil sokongan parti.

Tun Mahathir sokongan UMNO politik UMNO Perak, kesetiaan ahli UMNO, Saarani Mohamad UMNO Perak, Mesyuarat Perwakilan UMNO Beruas, Tun Mahathir 22 tahun Perdana Menteri,
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak merangkap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Beruas di Dewan lnderawati Beruas. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 JULAI 2025

“Saya hendak mengingatkan diri saya dan kita semua bahawa benar Tun Dr Mahathir Mohamad membangunkan negara dengan menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini.

“Akan tetapi beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun selepas orang UMNO menyokong dia. Selepas beliau menjadi Perdana Menteri kali kedua yang bukan dalam UMNO, hanya bertahan selama 22 bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika Merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Beruas di Dewan Inderawati, dekat sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Azman Noh.

Tun Mahathir sokongan UMNO politik UMNO Perak, kesetiaan ahli UMNO, Saarani Mohamad UMNO Perak, Mesyuarat Perwakilan UMNO Beruas, Tun Mahathir 22 tahun Perdana Menteri,
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak merangkap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menerima cenderahati pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Beruas di Dewan lnderawati Beruas. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 JULAI 2025

Saarani yang juga Menteri Besar Perak menegaskan bahawa kenyataan beliau itu bukan bertujuan mengkritik sesiapa, sebaliknya untuk mengingatkan semua ahli UMNO bahawa kekuatan parti menjadi salah satu wadah yang mengangkat seseorang pemimpin.

“Saya tiada niat untuk mengkritik sebaliknya saya hendak mengingatkan kepada ahli UMNO bahawa kita yang telah meletakkan beliau (menjadi Perdana Menteri) dengan kehendak ALLAH SWT,” jelas beliau.

Justeru beliau berkata, semua anggota parti wajar berasa bangga dengan perjuangan dalam UMNO yang disifatkan tidak berlandaskan kepada sebarang kepentingan peribadi.

Saarani memberitahu, perkembangan terhadap keyakinan masyarakat khususnya Orang Melayu kepada UMNO yang semakin baik perlu ditingkatkan semua anggota parti dalam berhadapan cabaran pilihan raya yang akan datang.

“Semua yang berjuang dalam UMNO adalah kerana yakin bahawa melalui parti inilah kita dapat menjaga agama, bangsa dan tanah air,” ujar beliau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Saarani nasihat rakyat Perak tidak sertai Himpunan Turun Anwar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI