Tunggakan sewa PPR cecah RM1 juta, LPHP tubuh ‘task force’

IPOH – Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), telah menubuhkan ‘task force’ atau pasukan petugas dalam usaha menangani masalah penyewa projek Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar sewa.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, sehingga penghujung tahun lalu, jumlah sewaan tertunggakan bagi PPR di seluruh negeri direkodkan mencecah RM1.06 juta

“Apabila terdapat penyewa yang tidak endahkan notis-notis yang diedarkan, pasukan ‘task force’ ini akan mengambil pendekatan untuk menjalankan sesi konsultasi secara bersemuka.

“Tindakan terakhir yang akan diambil (oleh LPHP) pula adalah dengan mengambil tindakan mahkamah terhadap penyewa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Wong Chai Yi (PH-Simpang Pulai) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini, pada Selasa..

Dalam perkembangan sama, Sandrea Ng memberitahu, 2,876 unit rumah di 16 PPR seluruh Perak mendapat permintaan yang tinggi dengan 950 orang masih berada dalam status calon simpanan.

Menyentuh tentang usaha pengurusan bangunan PPR, beliau memaklumkan, Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan sebanyak RM4.3 juta bagi usaha itu pada tahun lalu.

Jelas beliau, peruntukan berkenaan melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan, utiliti, kontrak penyelenggaraan lif dan kontrak pembersihan PPR.

“Manakala Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pula telah meluluskan peruntukan sebanyak RM7.74 juta untuk penyelenggaraan PPR.

“Ia meliputi kerja-kerja pembaikan infrastruktur utama PPR yang merangkumi pembaikan jalan, bumbung, mengecat berjumlah RM2.9 juta dan Peruntukan Lif MADANI sebanyak RM4.84 juta.

“Peruntukan ini telah membolehkan usaha penggantian lima unit lif baru di Pangsapuri Seri Kepayang di Ipoh,” jelasnya. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lima projek Rumah Perakku dijangka siap tahun ini – Sandrea

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI