Turunkan kadar tol lebih realistik daripada mansuh – Alexander

KUALA LUMPUR – Cadangan penurunan kadar tol lebih praktikal daripada pemansuhan tol bagi 10 lebuh raya sekiranya syarikat-syarikat konsesi terbabit sudah mencapai tempoh pulangan pelaburan (ROI).

Menteri Kerja Raja, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah menurunkan kadar tol lebih realistik untuk diketengahkan dalam usaha untuk meringankan kos sara hidup dan beban rakyat.

“Cuma kalau tempoh syarikat-syarikat ini sudah mencapai keuntungan atau Return of Invenstment (ROI). Masa itu bolehlah kadar tol yang boleh dikatakan membebankan sekarang diturunkan, itu lebih praktikal dan realistik,” katanya pada sesi jawapan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pertanyaan mulut Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Besut- PN) yang meminta Menteri Kerja Raya menjelaskan janji manifesto komponen Kerajaan Perpaduan khususnya pemansuhan tol.

Dalam pada itu, Alexander mengakui bukan mudah untuk melaksanakan cadangan pemansuhan tol kerana kerajaan perlu menyediakan peruntukan besar berbilion ringgit untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

“Bukan mudah nak mansuhkan tol ini kerana kalau tol dimansuhkan, kerajaan kena cari dana yang besar berbilion ringgit untuk buat kerja-kerja penyelenggaraan.

“Kita boleh bayangkan dana kerajaan ini mungkin boleh digunakan untuk perkara lain, mungkin di Terengganu, Hulu Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah yang mereka tak menggunakan lebuh raya ini.

“Jadi pandangan saya, mungkin kerajaan tengok begini sekarang, kita tak perlu mansuhkan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI