UEC: DAP hanya mahu ambil hati komuniti Cina

KUALA LUMPUR – Tindakan pemimpin DAP memperjuangkan semula pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) semata-mata untuk menunjukkan ia masih relevan kepada komuniti Cina.

Malah, tempoh enam bulan untuk reformasi yang diberikan oleh DAP hanyalah satu usaha kosong untuk mengambil hati kaum tersebut.

Pengerusi Urimai, P. Ramasamy berkata, sebenarnya pemimpin DAP tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menghiraukan tempoh itu kerana sedar mereka tidak mempunyai keberanian asas untuk keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).

Bahkan, 40 kerusi Parlimen dan lima jawatan menteri yang diperoleh DAP tidak cukup untuk parti tersebut menentukan haluan politiknya sendiri.

Menyifatkan DAP sebagai “kuda politik yang telah mati”, Ramasamy berkata, parti tersebut telah kehilangan arah politiknya serta memerlukan keberanian dan komitmen politik yang luar biasa untuk parti dan para pemimpinnya memperjuangkan reformasi.

“DAP dengan 40 kerusi Parlimen dan lima jawatan menteri masih gagal menggunakan kekuatan politiknya untuk menekan kerajaan agar mengiktiraf UEC,” katanya yang mengulas kenyataan perdana menteri mengenai gesaan DAP untuk mengiktiraf UEC.

Semalam, Anwar menegaskan, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mesti dihormati dan dipertahankan dan kedudukan bahasa itu dalam Perlembagaan sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan mesti diterima semua.

Dalam erti kata lain, kata Ramasamy, pengiktirafan UEC, iaitu kelayakan prauniversiti di sekolah menengah persendirian Cina, tidak boleh dipertimbangkan.

“Apa yang dikatakan oleh Anwar ialah selagi rakyat Malaysia tidak sepenuhnya dan tanpa syarat menerima nahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, maka tiada kompromi terhadap bahasa-bahasa lain.

“Dengan secara tidak langsung mengatakan “tidak” kepada UEC, Anwar telah merencatkan usaha DAP untuk mendapatkan pengiktirafan kerajaan terhadap UEC,” ujarnya.

Ramasany mendakwa DAP bukanlah pejuang UEC kerana parti itu tidak bersuara langsung mengenai pengiktirafan sijil itu sepanjang tiga tahun berkuasa, sebaliknya gesaan itu dibuat selepas prestasi buruk dalam Pilihan Raya Sabah.

Bukan sahaja kerana kalah di semua lapan kerusi di Sabah, tetapi DAP juga ditolak oleh pengundi Cina.

Katanya, DAP tidak dapat menerima hakikat “simpanan tetap” mereka — pengundi Cina telah meninggalkan parti itu.

DAP kini, dakwanya lagi dalam ketakutan pengundi Cina di Semenanjung mungkin berbuat perkara sama hingga mendorong pimpinan atasan parti menuntut reformasi, terutamanya pengiktirafan UEC. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI