UiTM tidak sesekali ketepi bumiputera dalam dasar, tender – MOF

KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi Mara (UiTM) boleh meneruskan sepenuhnya dasar keutamaan bumiputera dalam perolehan kerajaan seperti yang digariskan oleh Kementerian Kewangan dalam Pekeliling Perbendaharaan berkaitan Perolehan Kerajaan (PK1.5).

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, UiTM juga tidak akan sesekali meminggirkan agenda pemerkasaan bumiputera dalam pelaksanaan perolehan dan projek di institusi terbabit.

Menurutnya, pindaan PK1.5 yang dibuat Kementerian Kewangan baru-baru ini dan berkuat kuasa tahun ini adalah berkaitan penetapan Ketua Kewangan (financial controller) bagi syarikat adalah perlu bertaraf bumiputera sebagai langkah mengukuhkan lagi profesionalisme bumiputera.

Sehubungan itu, jelasnya, pindaan tersebut juga terpakai ke atas perolehan oleh UiTM.

“Sebaliknya, pindaan tahun 2025 kepada pelaksanaan peraturan perolehan kerajaan mengikut Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) adalah tidak terpakai kepada UiTM yang merupakan badan berkanun yang tidak termasuk dalam ruang lingkup perjanjian tersebut,” katanya.

Terdahulu, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) melahirkan rasa terkejut selepas mendakwa menerima maklumat perubahan dasar perolehan dan apa jua tender di UiTM sudah terbuka kepada kaum bukan bumiputera.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif mendesak Kementerian Kewangan membatalkan dasar itu dan memastikan semua perolehan dan apa jua tender yang melibatkan UiTM dan sekutunya diberikan kepada kaum bumiputera sahaja.

Sementara itu, kenyataan itu menambah, Kementerian Kewangan akan memastikan setiap pelaksanaan perolehan menyokong Dasar Keutamaan Bumiputera oleh semua agensi kerajaan meningkatkan lagi keupayaan syarikat bumiputera dalam persekitaran ekonomi yang kondusif. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI