Umat Islam mesti memimpin dengan amal teladan baik

IPOH – Umat Islam mesti memimpin dengan mengamalkan nilai-nilai seperti teladan yang baik, menunjukkan sifat sabar serta tebal dengan nilai integriti.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, melalui amalan nilai-nilai tersebut secara tidak langsung dapat menginspirasi manusia sekeliling untuk bersama-sama menyumbang kepada dunia yang lebih penyayang dan adil.

Menurutnya, pembinaan kerajaan yang berwibawa di negara-negara Islam adalah sangat penting malah menerusi Malaysia Madani yang sedang dilaksanakan adalah asas untuk berkembang maju, dan memandu serta mempromosikan ketelusan, akauntabiliti dan penglibatan warganegara.

“Kerajaan kita mestilah telus, stabil dan berwibawa dengan menegakkan prinsip-prinsip tadbir urus yang baik dan menjunjung kedaulatan undang-undang.

“Ini penting bukan sahaja untuk kemakmuran negara, tetapi juga untuk mengekalkan kepercayaan dan keyakinan rakyat. Selain itu, kita mesti mempunyai keberanian dan kemahuan untuk membuat perubahan yang diperlukan dalam tatacara bernegara.

“Hanya melalui introspeksi dan pembaharuan tersebut kita dapat menubuhkan kerajaan yang kukuh, bertanggungjawab dan berakauntabiliti sekali gus menjadi tonggak kepada negara yang maju dari segi ekonomi dan adil dari segi sosial.

“Secara kolektif, masa depan kita bergantung kepada kemampuan kita untuk menyesuaikan diri, berinovasi dan memimpin dengan nilai integriti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penutupan Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024 anjuran Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Pusat Konvensyen Casuarina, di sini pada Rabu.

Umat Islam mesti memimpin dengan amal teladan baik, sifat sabar, berintegriti
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyaksikan penyerahan surat niat diantara Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perak, Dr. Nasreen Khanum Nawab Khan (kiri) bersama Pemegang Amanah Madina Institute, Mahmood Khatib (kanan) pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 JULAI 2024.

Dalam perkembangan berkaitan, Saarani berkata, sepanjang tiga hari WCIT 2024 berlangsung pelbagai isu yang melatari kehidupan manusia sejagat bertemakan ‘Together We Stand: Muslims and Global Humanity’, ahli-ahli panel yang terdiri daripada tokoh ilmuan dari segenap bidang telah berwacana bagi mencari jalan agar dunia yang kita diami ini menjadi lebih baik.

Katanya, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika merasmikan persidangan ini pada Isnin lalu, telah berjaya menerobos perspektif dan pemikiran kita tentang bagaimana kesatuan umat Islam mampu menjadi solusi dalam pembentukan dasar yang memberi manfaat kepada dunia sejagat.

“Paduka Seri Tuanku menukilkan pandangan yang sangat signifikan tatkala umat Islam yang begitu ramai dan dipandu oleh kalimah, kiblat dan al-Quran yang sama sewajarnya membentuk dasar yang mampu mempengaruhi dunia Islam sekali gus memberi kesan positif kepada masyarakat global.

“Realitinya, pandangan Paduka Seri Tuanku adalah refleksi terhadap zaman yang sedang kita tempuhi hari ini.

“Ia bukan sekadar seruan untuk kita bertindak, tetapi sebagai peringatan bahawa mesti ada tanggungjawab secara kolektif Masyarakat dunia – melangkaui anutan kepercayaan dan agama – untuk mewujudkan dunia yang lebih aman dan harmoni,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

WCIT 2024 pentas terbaik bincang isu dunia Islam kontemporari

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI