UMNO buka pintu kepada bekas ahli kembali sertai parti

KUALA LUMPUR – UMNO membuka pintu kepada bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung keahlian untuk kembali menyertai parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu dibuat sempena bulan Ramadan sebagai usaha memperkukuh kembali perpaduan dalam kalangan ahli parti.

Menurut beliau, UMNO juga mengalu-alukan mana-mana individu yang mahu bersama dengan perjuangan parti itu untuk menyertai parti berkenaan.

“Dalam semangat Ramadan yang penuh rahmat dan keampunan, segala kekhilafan dan perbezaan yang lalu dimaafkan sepenuhnya demi membuka lembaran baharu untuk memperkukuh kembali keluarga besar UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid berkata, Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menyelaraskan proses kemasukan semula bekas ahli serta individu yang ingin menyertai parti itu mengikut Perlembagaan UMNO.

Tambahnya, beliau berharap usaha berkenaan dapat menjadi titik penyatuan bagi memperkukuh kembali kekuatan parti dalam meneruskan agenda perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI