UMNO Perak desak JAIPk kaji semula modul program elak fitnah

IPOH – Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) didesak mengkaji semula modul program dakwah anjurannya yang mencetuskan kontroversi selepas tular di laman sosial.

Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak dalam kenyataan pada Jumaat berkata, ia bagi mengelakkan fitnah dan salah tanggapan berterusan sehingga boleh menjejaskan kredibiliti JAIPk sebagai jabatan yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal dan kepentingan umat Islam.

Katanya, meskipun program berkenaan dilaporkan bertujuan mendidik peserta meningkatkan pengetahuan berkaitan kegiatan dakwah agama Islam, namun kaedah dan pendekatan yang digunakan cenderung menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan umat Islam.

“Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak kesal dengan kontroversi yang timbul susulan penganjuran sebuah program kursus anjuran JAIPk yang telah mencetuskan salah tanggapan serta persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

“Sekiranya tidak ditangani dengan berhemah, isu berkenaan akan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Selain itu, ia juga boleh mencalar nama baik Kerajaan Negeri Perak yang sentiasa berpegang kepada prinsip-prinsip maqasid syariah dalam menjaga kesucian agama Islam,” katanya.

Kerajaan negeri panggil JAIPk beri penjelasan lanjut isu bawa guru agama ke kuil
Oplus_131072

Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak turut mengingatkan JAIPk sentiasa peka dan mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama Islam yang lain.

Katanya, pandangan daripada Jabatan Mufti Negeri Perak dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) diperlukan terlebih dahulu sebelum menganjurkan program-program seumpama itu pada masa hadapan.

MG Perak pada Jumaat turut melaporkan Kerajaan Negeri Perak telah memanggil JAIPk berhubung sebuah klip video tular mengenai kursus lawatan anjuran jabatan itu di sebuah kuil baru-baru ini.

Katanya, beberapa ketetapan telah dibuat bagi menangan isu tersebut hasil daripada mesyuarat yang diadakan dan setelah diangkat sembah serta mendapat titah nasihat Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sebelum ini, tular satu video yang mana peserta program daripada JAIPk telah mengadakan lawatan ke sebuah kuil hingga menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen di media sosial.-  MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kerajaan Perak panggil JAIPk perjelas isu lawatan kuil

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI