Universiti Madina bakal di buka di Seri Iskandar, Perak

PARIT – Sebuah universiti milik Institut Madina berpusat di Cape Town, Afrika Selatan bakal dibina di Seri Iskandar, di sini, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri Perak telah bersetuju menerima tawaran pembukaan Universiti Madina oleh institut pengajian antarabangsa tersebut.

Menurut Saarani, tawaran pembukaan universiti tersebut telah dikemukakan oleh pengasas Institut Madina, Shaykh Muhammad Yahya Al Ninowy pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024, Julai lalu.

“Beliau menawarkan kepada Perak untuk membuka cawangan Universiti Madina tetapi saya meminta beliau menghadap Sultan Perak bagi mendapat perkenan kerana tidak mahu bersaing dengan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media Program Jom Healing Peringkat Negeri Perak di Pulau Cempakasari, Parit. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 DISEMBER 2024.

“Tetapi Naib Canselor USAS, Profesor Datuk Dr Wan Sabri Wan Yusof sendiri berjumpa mengatakan pembukaan universiti berkenaan adalah bersifat saling melengkapi bukan persaingan terutamanya dalam subjek dia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Program Jom Healing Peringkat Negeri Perak di Pulau Cempaka Sari, di sini, pada Ahad.

Turut hadir, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah.

Tambah Saarani, pihaknya bersama Khairudin dan pengurusan Yayasan Perak akan mengadakan perjumpaan bersama pihak Institut Medina di Cape Town pada siri lawatan beliau bermula 12 hingga 20 Januari 2025.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad beramah mesra dengan kanak-kanak pada Program Jom Healing Peringkat Negeri Perak di Pulau Cempakasari, Parit.
Turut sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 DISEMBER 2024.

Sementara itu, Khairudin dalam ucapannya pada program tersebut berkata, pembinaan universiti berkenaan membuktikan usaha berterusan kerajaan negeri di bawah pimpinan Saarani dalam bidang pendidikan.

“Untuk makluman kita setuju supaya sebuah universiti di bina di Seri Iskandar iaitu Universiti Madina di mana tapak sudah ada dan ini membuktikan usaha Menteri Besar Perak tidak pernah meminggirkan pendidikan.

“Jadi saya mohon marilah kita berikan sokongan dan dokongan yang cukup kuat kepada Menteri Besar kita untuk meneruskan agenda Pelan Perak Sejahtera 2030 khusus untuk orang muda,” katanya.

MG Perak sebelum ini melaporkan Institut Madina telah mengenal pasti cadangan untuk membuka sebuah kampus baru di negara ini, dan untuk itu Perak dipilih sebagai lokasi sesuai.

Yayasan Perak dalam satu kenyataan memaklumkan institusi pengajian antarabangsa itu menyatakan minat untuk menjalinkan usahasama dengan Badan Berkanun Negeri bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

Katany, kampus baharu ini dijangka akan membuka peluang baru untuk pendidikan Islam di Malaysia dan meningkatkan kedudukan negara sebagai pusat penting dalam pengajian Islam. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Institut Madina hasrat buka kampus di Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI