UPSI, Al-Iraqia University meterai MoU

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Al-Iraqia University sebagai langkah strategik memperkukuh kerjasama akademik, penyelidikan dan pembangunan pascasiswazah di peringkat antarabangsa.

MoU berkenaan ditandatangani antara Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff dengan Naib Canselor Al-Iraqia University, Prof. Dr. Khamis Awad Zidan di Kampus Sultan Azlan Shah UPSI, pada Khamis.

Md Amin berkata, kerjasama tersebut dirangka secara menyeluruh dengan tumpuan utama kepada Fakulti Sains dan Matematik (FSM).

Kata beliau, ia selari dengan Pelan Strategik UPSI serta aspirasi universiti dalam memperluas penglibatan global yang memberi impak langsung kepada komuniti akademik.

“Kerjasama ini dirangka dengan teliti bagi menyokong petunjuk prestasi utama (KPI) UPSI dalam aspek pengantarabangsaan, penghasilan penyelidikan, mobiliti staf dan pembangunan pascasiswazah.

“Kerjasama tersebut membuka peluang pelaksanaan penyelidikan bersama, penerbitan bersama dalam jurnal berindeks seperti ‘Scopus’, permohonan geran penyelidikan padanan serta penyeliaan bersama pelajar pascasiswazah di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD),” katanya ketika berucap pada majlis MoU tersebut.

Menurut beliau, melalui MoU itu, UPSI turut menyediakan peluang mobiliti berstruktur kepada staf akademik menerusi program Profesor Pelawat dan Sarjana Pelawat.

Kata beliau lagi, ia sekali gus memberi pendedahan antarabangsa, pengukuhan jaringan penyelidikan dan pengalaman pengajaran di peringkat global

Tambah Md Amin, dari sudut pembangunan pascasiswazah, kerjasama itu juga menyokong usaha pengambilan pelajar antarabangsa ke UPSI.

“Al-Iraqia University menunjukkan komitmen dalam memudah cara pergerakan pelajar, termasuk mendapatkan kelulusan pihak berkuasa berkaitan bagi membolehkan pelajar melanjutkan pengajian pascasiswazah di UPSI.

“Kerjasama ini membuka ruang kepada pertukaran pelajar dan staf, penganjuran persidangan bersama, seminar serta program pemindahan ilmu yang menyumbang kepada penjanaan pendapatan, penjenamaan akademik dan penglibatan antarabangsa yang mampan untuk UPSI,” katanya lagi.

Sementara itu, Khamis merakamkan penghargaan kepada UPSI atas usaha berterusan yang membawa kepada pemeteraian MoU tersebut.

Beliau turut menyifatkan penganjuran bengkel bersama sebelum ini sebagai bukti jelas keberkesanan kerjasama praktikal antara kedua-dua universiti.

Menurut beliau, kedua-dua universiti juga komited untuk melaksanakan kerjasama berasaskan keperluan sebenar melalui penubuhan jawatankuasa penyelarasan bersama, dialog berterusan serta lawatan akademik secara berkala.

“MoU ini adalah langkah strategik ke arah memperkukuh kerjasama akademik dan penyelidikan jangka panjang berasaskan kepercayaan, profesionalisme dan manfaat bersama,” jelasnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

UPSI lakar sejarah kedudukan ke-98 dunia dalam UI GreenMetric 2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI