UPSI bincang kerjasama strategik bersama Atase Akademik Kedutaan Libya

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan perbincangan bersama Atase Akademik Kedutaan Libya di Malaysia mengenai bidang pendidikan serta kebajikan pelajar Libya yang melanjutkan pengajian di UPSI.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, perbincangan itu diadakan bersama wakil Kedutaan Libya-Malaysia, Dr Aiman Elmahmodi ketika melakukan kunjungan hormat di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI baru-baru ini.

Menurutnya, pertemuan itu juga adalah sebagai usaha memperkukuhkan hubungan akademik dan budaya antara UPSI dan Libya.

“UPSI amat komited dalam memastikan pelajar antarabangsa, termasuk dari Libya, mendapat sokongan sepenuhnya dalam aspek pembelajaran dan kebajikan.

“Kehadiran pelajar Libya di universiti ini bukan sahaja memperkayakan suasana akademik tetapi juga mengukuhkan hubungan budaya antara kedua-dua negara.

“Kerjasama yang dijalinkan adalah langkah positif ke arah memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Libya.

“Kami yakin dengan lebih banyak peluang mobiliti pelajar dan pertukaran pensyarah, UPSI akan menjadi salah satu destinasi utama untuk pelajar dari Libya yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan,” katanya.

UPSI bincang kerjasama strategik bersama Atase Akademik Kedutaan Libya
Wakil Kedutaan Libya-Malaysia, Dr. Aiman Elmahmodi menyampaikan ucapan sempena kunjungannya ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Foto Ihsan Universiti Pendidikan Sultan Idris

Beliau berkata, pertemuan itu turut membincangkan inisiatif-inisiatif baharu seperti pertukaran pensyarah, program mobiliti pelajar, dan kerjasama dalam penyelidikan yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Kolaborasi ini diharapkan akan terus berkembang, menjadikan UPSI sebagai destinasi pilihan pelajar Libya untuk melanjutkan pengajian, sekaligus menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berkualiti di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Sementara itu, Aiman turut menyatakan rasa penghargaan terhadap usaha UPSI dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pelajar antarabangsa termasuk dari Libya.

“Pertemuan ini membuka ruang kepada perbincangan mengenai peluang kerjasama strategik dalam bidang pendidikan serta kebajikan pelajar Libya yang melanjutkan pengajian di UPSI.

“UPSI membuktikan komitmen tinggi dalam memastikan pelajar kami mendapat pendidikan berkualiti dan pengalaman akademik yang bermakna serta berharap kerjasama ini dapat terus diperkukuh demi manfaat bersama,“ katanya.

Dalam masa sama, beliau berhasrat untuk memperkenalkan lebih ramai pelajar Libya kepada program pengajian di UPSI, terutamanya dalam bidang pendidikan yang menjadi kekuatan universiti ini.

“UPSI menyediakan platform terbaik yang membolehkan pelajar Libya berkembang dalam bidang pendidikan.

“Justeru, saya percaya dengan kerjasama ini, lebih ramai pelajar dari Libya akan mendapat peluang untuk menyertai program-program pengajian yang ditawarkan di sini,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

UPSI bina wakaf bagi pembelajaran mahasiswa 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI