UPSI gerak pelbagai bantuan santuni waris, mangsa kemalangan

IPOH – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggerakkan pelbagai bantuan bagi membantu mangsa dan waris pelajar yang terlibat dalam nahas di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik, awal pagi tadi.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, antara bantuan tersebut adalah menerusi Tabung UPSI Prihatin dan sesi kaunseling.

Menurutnya, orang ramai yang ingin menyumbang ke dalam tabung tersebut boleh berbuat demikian menerusi laman sesawang dan media sosial rasmi universiti berkenaan.

“Kita ada Tabung UPSI Prihatin yang sudah dinaikkan di sosial media. Semua duit yang disumbangkan akan diauditkan dan kita akan sampaikan (kepada waris terlibat).

“InshaAllah esok dan Rabu saya sendiri akan ke Besut menziarahi keluarga-keluarga yang terlibat.

“Barang-barang pelajar terlibat juga akan kita uruskan dan dihantar kepada waris masing-masing,” katanya ketika ditemui di luar perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) malam ini.

Dalam pada itu, Md Amin turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan menggunakan saluran yang betul untuk menyampaikan sumbangan.

“Kita hanya ada dua saluran saja. Satu daripada UPSI prihatin, yang kedua adalah Tabung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP),” ujarnya.

Tambahnya, keluarga mangsa maut dan pelajar tercedera yang trauma akibat insiden itu akan dibantu menerusi sesi kaunseling dan rawatan berkaitan.- MG Perak

Artikel Berkaitan:

13 jenazah pelajar UPSI dibawa pulang ke Terengganu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI