UPSI lantik lima akademia ke jawatan profesor

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dekat sini, pada Sabtu melantik lima ahli akademik atau akademia ke jawatan profesor sebagai mengiktiraf kepakaran dalam bidang masing-masing.

Antaranya, Prof. Dr. Nor Hasbiah Ubaidullah dari Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (META), yang diiktiraf atas sumbangan dan pencapaian dalam bidang pengkomputeran serta teknologi meta

Sementara dari empat akademia dari Fakulti Sains dan Matematik (FSM) yang diberi penghormatan sama adalah Prof Dr Nor Azlan Nafiah, Prof Dr Rosmilah Misnan, Prof Dr Azmi Mohamed, serta Prof Dr Haniza Hanim Mohd Zain.

Majlis pelantikan yang diadakan di Auditorium Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI itu disempurnakan Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff.

Dalam satu kenyataan UPSI memaklumkan, Md Amin berkata, majlis itu diadakan bertujuan untuk meraikan pencapaian peribadi tokoh-tokoh akademik berkenaan.

Malah tambah beliau, ia juga sebagai mahu mengiktiraf sumbangan mereka kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan penyelidikan di peringkat nasional serta antarabangsa.

“Pengiktirafan ini diharap dapat menjadi inspirasi kepada seluruh warga akademik di UPSI untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

“Selain sebagai satu pengiktirafan, majlis itu malah menyediakan platform untuk para profesor berkongsi pengalaman dan visi mereka dalam memajukan pendidikan tinggi.

“ia termasuk strategi untuk meningkatkan kualiti penyelidikan, memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa, dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui ilmu dan kepakaran yang dimiliki,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Pada kenyataan sama, Md Amin menambah, Majlis Pelantikan Profesor di UPSI adalah langkah penting dalam menghargai dan mempromosikan budaya kecemerlangan akademik.

Menurut beliau lagi, pihaknya juga berharap profesor yang dilantik akan terus memberikan sumbangan bermakna kepada universiti dan masyarakat keseluruhannya selaras dengan moto universiti. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

UPSI tubuh fakulti berkaitan AI sejak Januari 2023 – Naib Canselor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI