UPSI terima 652 pelajar baharu

TANJUNG MALIM – Seramai 652 pelajar ambilan baharu pengajian peringkat diploma Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendaftar hari ini bagi kemasukan semester satu sesi 2024/2025 .

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Md Md Amin Md Taff berharap pelajar yang mendaftar di Kampus Sultan Azlan Shah akan memelihara nama baik dan imej UPSI, sebuah universiti yang melahirkan ribuan guru sejak ditubuhkan pada 1997.

Menurutnya, UPSI, adalah sebuah universiti nombor satu pendidikan yang termasyhur dan memiliki latar sejarah yang menarik dan panjang sejak zaman Sultan Idris Training College (SITC) yang mula beroperasi tahun 1922.

“UPSI memiliki pelbagai kemudahan sukan seperti kompleks sukan, kolam renang bertaraf olimpik, UPSI Adventure Park, lapang sasar golf dan kompleks bowling 24 lorong yang akan siap sepenuhnya dalam masa terdekat.

“Tahniah saya ucapkan di atas kejayaan pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian peringkat diploma di universiti ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dr Norkhalid Salimin yang menyantuni pelajar, ibu bapa serta wakil-wakil kolej dan fakulti sepanjang proses pendaftaran itu berlangsung turut mengucapkan tahniah atas kejayaan calon yang menjadi sebahagian dari keluarga UPSI.

Beliau juga menyifatkan bahawa suasana dan proses pendaftaran pelajar di sekitar Dewan Kolej Ungku Omar sangat tersusun serta berjalan lancar.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pelajar yang terpilih untuk meneruskan pengajian di UPSI. Tanamkan azam, teguhkan semangat dan gunakan sepenuh tenaga untuk menjadi mahasiswa yang cemerlang, gemilang dan terbilang di UPSI,” ujarnya.

Sesi pendaftaran yang bermula seawal jam 9 pagi itu diuruskan dengan kerjasama Rakan Millenia dan Mahasiswa Kolej Ungku Omar yang terbabit dalam proses pendaftaran terdiri daripada beberapa kaunter iaitu penginapan, cenderahati, bendahari dan pendaftaran.

UPSI lahir dari sejarah yang panjang bermula zaman Sultan Idris Training College (SITC) pada 1922 seterusnya Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) sehingga dinaik taraf kepada UPSI. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

UPSI hulur bantuan kepada keluarga Nur Farah Kartini

UPSI terima kunjungan 100 delegasi UNRAM Indonesia

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI