UPSI, Universiti Al-Iraqia jalin kerjasama akademik, penyelidikan

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Al-Iraqia menandatangani Surat Niat (Lol) bagi menjalin kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPSI, Profesor Dr Suriani Abu Bakar berkata, hubungan antara UPSI dengan institusi pendidikan terutama dari Iraq itu adalah satu perkara paling bermakna dalam memacu sektor pendidikan bersama.

“Melalui kepakaran dan kekuatan dari kedua-dua pihak, kita berupaya memulakan projek penyelidikan, meningkatkan kualiti pendidikan dan menyumbang kepada kemajuan pengetahuan dan inovasi di negara ini.

“UPSI amat komited untuk memupuk perkongsian secara global serta bekerjasama dengan institusi yang dihormati seperti Universiti Al-Iraqia bagi mewujudkan persekitaran akademik yang dinamik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis tersebut yang diadakan di Bilik Mesyuarat Fakulti Sains dan Matematik (FSM) UPSI, di sini.

Hadir sama Pengarah, Akademik dan Antarabangsa, Profesor Madya Dr. Ridzwan Che Rus; Pengarah, Jabatan Strategik, Profesor Dr Azmi Mohamed; Dekan Institut Pengajian Siswazah, Profesor Dr Raja Nor Safinas Raja Harun; Dekan Fakulti Sains dan Matematik, Profesor Madya Dr Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah dan Dekan Fakulti Pembangunan Manusia, Prof Madya Dr Abdul Talib Mohamed Hashim.

Sementara itu, Timbalan Naib Presiden Hal Ehwal Saintifik Universiti Al-Iraqia, Profesor Dr Khamis Awad Zidan berkata, mereka amat teruja dan berbesar hati untuk menjalin kerjasama bersama UPSI.

“Melalui inisiatif penyelidikan bersama, program pertukaran pelajar dan fakulti atau projek akademik kolaboratif akan mengukuhkan dan menyumbang kepada penambah baikan institusi kami,” ujarnya.

Kunjungan rasmi delegasi universiti dari Iraq itu turut menyaksikan sesi perkongsian maklumat oleh FSM, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC) dan Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK). – MG Perak

Artikel Berkaitan:

UPSI terima 652 pelajar baharu

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI