Urusan pilihan raya tanggungjawab SPR, parti politik hanya rujukan – Saarani

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan bahawa urusan pengurusan dan penganjuran pilihan raya adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, walaupun SPR mempunyai kuasa muktamad, badan itu lazimnya akan mengambil kira pandangan daripada parti-parti politik sebagai rujukan.

“Sebenarnya kita semua faham bahawa tugas-tugas menguruskan dan mengendalikan pilihan raya ini adalah tugas SPR.

“Tapi pada kebiasaannya, SPR akan mengambil kira pandangan dan pendapat semua pihak termasuk parti-parti politik.

“Jadi kerana itu, apa yang disebut oleh Anthony Loke Siew Fook itu adalah pendapat beliau selaku Setiausaha Agung DAP dan saya tidak boleh komen atas apa yang beliau cakap.

“Sebab saya berpendirian, sesiapa pun bagi pandangan, SPR juga yang akhirnya akan membuat keputusan,” katanya.

SPR ada kuasa muktamad, pandangan parti politik hanya rujukan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2025 dan Sambutan Jubli Emas Rukun Tetangga Peringkat negeri Perak di perkarangan Stadium Indera Mulia pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 SEPTEMBER 2025.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2025 dan Sambutan Jubli Emas Rukun Tetangga Peringkat negeri Perak di perkarangan Stadium Indera Mulia pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy.

Dalam pada itu, Saarani menjelaskan bahawa SPR sudah pasti akan menilai pelbagai faktor sebelum membuat sebarang ketetapan bagi mengadakan pilihan raya.

“Sudah tentu SPR akan mengambil kira banyak perkara, termasuk tentang perbelanjaan wilayah-wilayah yang besar dan suasana. Janganlah pilihan raya dbuat pada musim banjir dan sebagainya.

Mengulas mengenai pendirian UMNO, beliau menegaskan kenyataan rasmi parti itu hanya boleh dibuat oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, media melaporkan, Anthony Loke mengesyorkan supaya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan secara serentak dengan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN).

Katanya, langkah itu dapat menjimatkan kos sekali gus memastikan kelancaran proses pilihan raya yang akan diadakan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

DAP cadang PRU-16 diadakan serentak bagi Parlimen, DUN

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI