Ustaz Yusri tidak janji bulan bintang, mahu beri khidmat terbaik

MEMPUNYAI latar belakang luas dalam pendidikan dan agama, Dr Mohamad Yusri Bakir merupakan calon terbaik ditampilkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Anak jati Temoh, Tapah itu mula berkhidmat sebagai guru pada tahun 1992 sehingga 2007, sebelum menjawat jawatan sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh serta Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral sejak 2024.

Dr Mohamad Yusri calon PRK Ayer Kuning Calon BN Ayer Kuning PRK DUN Ayer Kuning 2025 Pilihan Raya Kecil Perak Latar belakang Dr Mohamad Yusri Pendidikan Islam UPSI UMNO Tapah Pelan Perak Sejahtera 2030 Ishsam Shahruddin Politik Perak 2025
Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir ketika temubual khas bersama media di Command Centre BN, Temoh, Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 APRIL 2025.

Berkelulusan Ijazah Doktor Kehormat Falsafah (Pendidikan Islam) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Mohamad Yusri kini menggalas tanggungjawab besar dalam membantu mempertahankan BN di kerusi DUN Ayer Kuning.

Di samping tidak menjanjikan bulan dan bintang, Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu tekad mahu meneruskan legasi yang ditinggalkan penyandang terdahulu Allahyarham Ishsam Shahruddin mengikut acuan tersendiri.

Ikuti temu bual bual bersama Dr Mohamad Yusri bersempena PRK DUN Ayer Kuning yang sedang berlangsung.

Dr Mohamad Yusri calon PRK Ayer Kuning Calon BN Ayer Kuning PRK DUN Ayer Kuning 2025 Pilihan Raya Kecil Perak Latar belakang Dr Mohamad Yusri Pendidikan Islam UPSI UMNO Tapah Pelan Perak Sejahtera 2030 Ishsam Shahruddin Politik Perak 2025
Suasana sekitar penyokong Barisan Nasional (BN) pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Arena TN50 Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 12 APRIL 2025.

Boleh Ustaz kongsikan kenangan yang paling diingati ketika bersama dengan Allahyarham Ishsam?

Banyak kenangan saya dengan beliau semasa hayatnya. Antara yang paling saya ingat adalah ketika saya mengikuti beliau menyantuni penduduk di kawasan di Ayer Kuning yang mengalami gangguan air bersih (akibat kebocoran paip bawah tanah pada Februari lalu). Tanpa sedar hari sudah malam, dan saya menasihatkan beliau untuk berehat.

Dia kemudian beritahu pada saya sebagai wakil rakyat kita perlu terus bekerja, kerana jika tidak, orang akan marah kepada kita. Ayat itu saya ingat sampai sekarang, dan ia beri suatu pedoman kepada saya, sekiranya menjadi wakil rakyat, maka kita perlu terus berkhidmat kepada rakyat.

Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang, sebaliknya kata-kata Allahyarham itu memberi isyarat kepada saya untuk apa yang saya perlu lakukan sekiranya diberi tanggungjawab menjadi pemimpin di Ayer Kuning.

Dr Mohamad Yusri calon PRK Ayer Kuning Calon BN Ayer Kuning PRK DUN Ayer Kuning 2025 Pilihan Raya Kecil Perak Latar belakang Dr Mohamad Yusri Pendidikan Islam UPSI UMNO Tapah Pelan Perak Sejahtera 2030 Ishsam Shahruddin Politik Perak 2025
Penyokong membawa poster calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir di Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 12 APRIL 2025.

Pada pandangan Ustaz apakah kekuatan DUN Ayer Kuning yang mampu memberi manfaat kepada penduduk setempat?

Saya berpandangan kekuatan di Ayer Kuning adalah bidang pertanian yang mana dalam soal makanan, ia perkara yang mempunyai permintaan tinggi. Malah ia secara tidak langsung dapat memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk. Tambahan, dalam era moden ini, sektor pertanian boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan.

Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir menyantuni veteran UMNO pada Majlis Jamuan Aidilfitri Veteran UMNO Bahagian Tapah di Kediaman Tuan Haji Wahid Hamzah, Kampung Padang, Bidor. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 APRIL 2025.

Sebagai individu yang mempunyai latar belakang agama, bagaimana ustaz melihat ia juga boleh membantu dalam menyantuni masyarakat berbilang kaum di DUN Ayer Kuning?

Saya mempunyai pengalaman yang lama bersama kepimpinan BN di kawasan Parlimen Tapah yang mana DUN Ayer Kuning berada. Majlis rumah terbuka dan sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Vaisakhi dan Krismas sering kita raikan di sini.

Sebagai yang mempunyai latar belakang agama, saya percaya Islam tidak mengajar kita untuk menjadi fanatik, sebaliknya sebagai Muslim kita diajar ialah untuk kita menghormati agama dan kepercayaan lain.

Agama tidak boleh dimanipulasi sebagai untuk merosakkan keharmonian. Sebagai individu yang mengajar bidang moral, saya juga percaya kepada nilai-nilai sejagat yang perlu kita hormati.

Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir menyantuni orang ramai ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Pasar Tani Tapah Road. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 APRIL 2025.
Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir berucap pada program Jamuan Makan Tengah Hari dan Ramah Mesra Pusat Daerah Mengundi (PDM) Changkat Petai di Bilik Gerakan PDM Changkat Petai, Tapah, pada Sabtu. Turut sama Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 APRIL 2025.

Meninggalkan kerjaya sebagai pendidik kepada seorang ahli politik, bagaimana ustaz menyesuaikan diri dengan keadaan itu?

Saya mula berkhidmat sebagai pendidik pada tahun 1992, dan sudah pasti kita akan merindui terhadap pekerjaan yang telah bertahun-tahun dilakukan. Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa apabila kita jadi ahli politik, ia bermakna bukan kita meninggalkan bidang yang kita sayangi. Sebaliknya, kita masih boleh mengaplikasikan kerja sebagai pendidik ketika menjadi orang politik.

Dr Mohamad Yusri calon PRK Ayer Kuning Calon BN Ayer Kuning PRK DUN Ayer Kuning 2025 Pilihan Raya Kecil Perak Latar belakang Dr Mohamad Yusri Pendidikan Islam UPSI UMNO Tapah Pelan Perak Sejahtera 2030 Ishsam Shahruddin Politik Perak 2025
Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir ketika temubual khas bersama media di Command Centre BN, Temoh, Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 APRIL 2025.

Apakah strategi yang ustaz akan gunakan bagi memenangi hati para pengundi di DUN Ayer Kuning pada PRK ini?

Saya melihat aura dan aspirasi oleh Allahyarham Ishsam akan membantu saya dalam gerak kerja sebagai calon BN untuk memenangi hati pengundi di DUN Ayer Kuning. Di samping itu, mempunyai ramai ahli keluarga dan kenalan di sini juga saya melihat ia sebagai kelebihan. Ramai juga yang mengenali secara peribadi arwah bapa saya yang pernah menjadi guru agama di Ayer Kuning.

Dr Mohamad Yusri calon PRK Ayer Kuning Calon BN Ayer Kuning PRK DUN Ayer Kuning 2025 Pilihan Raya Kecil Perak Latar belakang Dr Mohamad Yusri Pendidikan Islam UPSI UMNO Tapah Pelan Perak Sejahtera 2030 Ishsam Shahruddin Politik Perak 2025
DARI KIRI: Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek, Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS menunjukkan nombor cabutan kedudukan calon dalam kertas undi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 APRIL 2025.

Apakah yang akan ditawarkan ustaz sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat di DUN Ayer Kuning?

Saya akan mewarisi legasi dan meneruskan segala kerja yang masih ditinggalkan Allahyarham Ishsam sekiranya diberi peluang untuk mewakili rakyat di DUN Ayer Kuning. Walau bagaimanapun, saya akan melaksanakannya mengikut acuan saya sendiri.

Pada masa sama, kita akan terus membantu kerajaan negeri untuk memastikan segala pelaksanaan Pelan Perak Sejahtera dapat direalisasikan, di samping Tapah dan DUN Ayer Kuning akan memperoleh manfaat. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

PRK Ayer Kuning: Dr Mohamad Yusri tidak sangka dipilih calon BN

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI