Wang simpanan bekas kerani sekolah lesap

KUALA KANGSAR – Seorang pesara kerani sekolah terpaksa berputih mata selepas wang simpanan lebih RM200,000 miliknya lesap selepas terpedaya dengan skim pelaburan yang tidak wujud di media sosial, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, wanita berusia 67 tahun itu tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 10.48 pagi.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa telah berminat dengan tawaran skim pelaburan berkenaan yang disifatkan terlampau menarik dan mula menyertainya empat bulan lalu.

“Setiap kali mangsa melabur, dijanjikan keuntungan 8,000 peratus daripada jumlah pelaburan. Mangsa melakukan 25 transaksi terhadap 16 akaun yang berbeza bermula April hingga Jun.

“Mangsa menyedari dirinya telah ditipu disebabkan tidak pernah menerima keuntungan yang dijanjikan. Jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa ialah RM241,900,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Justeru, Heisham mengingatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam melayari media sosial, di samping cakna dengan perkembangan terkini yang mana jenayah penipuan sentiasa berubah-ubah. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Warga emas rugi RM177,700 angkara phone scam

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI