Wanita, kanak-kanak perempuan maut nahas dua kenderaan

KUALA KANGSAR – Seorang wanita dewasa dan kanak-kanak perempuan maut dalam nahas jalan raya melibatkan dua kenderaan di Jalan Kuala Kangsar-Manong, dekat sini, pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian pada jam 9.10 pagi.

Katanya, sejurus selepas itu lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar diatur gerak ke lokasi kejadian.

Menurut Sabarodzi, ketika di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang dinaiki tiga mangsa berlanggar dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Vellfire.

“Seorang wanita dewasa yang juga pemandu Honda City dan seorang kanak-kanak perempuan yang tersepit di tempat duduk penumpang bahagian hadapan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Seorang lagi kanak-kanak perempuan yang duduk di bahagian tempat duduk belakang kereta mengalami cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Ujar beliau lagi, sementara pemandu Toyota Vellfire tidak mengalami sebarang kecederaan susulan daripada nahas terbabit.

Sabarodzi memberitahu, pasukan bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat dengan membawa keluar mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan penyelamatan.

“Mangsa yang cedera telah diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan untuk menerima rawatan.

“Manakala yang mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Muhammad Khalid Mohd Idris itu tamat pada jam 9.10 pagi.

Identiti mangsa dan punca kejadian masih dalam siasatan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Wanita maut dalam nahas jalan raya babitkan motosikal, kereta

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI