Wanita maut bakar diri: Tiada unsur jenayah

IPOH – Polis mengesahkan kematian seorang wanita dipercayai membakar diri sendiri di belakang sebuah pusat beli-belah di Klebang Chemor, di sini, tengah malam tadi, tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, susulan itu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Menurutnya, polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan sekitar jam 12.03 tengah malam.

“Siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati mangsa merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 40 tahun yang ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan lecur kira-kira 80 peratus pada tubuh badan.

“Pegawai perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah hadir ke lokasi dan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Hasil siasatan turut mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau ‘foul play’ dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pihaknya sedang mengesan seorang saksi yang masih bebas dan menyaksikan kejadian tersebut.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengambil keterangan ahli keluarga mangsa bagi mengenal pasti motif tindakan tersebut.

“Polis juga sedang menyiasat sama ada mangsa mempunyai rekod kesihatan mental,” ujarnya.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk tujuan bedah siasat pada 9 pagi ini bagi menentukan punca kematian.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mejar V Balasingam di talian 016-9009011 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Wanita maut dipercayai bakar diri berhampiran pusat beli belah

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI