Wanita maut dalam nahas jalan raya babitkan motosikal, kereta

IPOH – Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Lee Choy Seng, dekat sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam kejadian sekitar jam 1 tengah hari, mangsa yang berusia 58 tahun sedang menunggang motosikal dari arah Taman Bukit Keledang Indah menghala ke Pekan Menglembu.

Katanya, ketika di tempat kejadian sebuah kereta yang dipandu wanita warga asing berusia 47 tahun tiba-tiba keluar dari simpang kanan untuk menyeberangi jalan sama.

“Akibat jarak terlalu dekat, motosikal mangsa telah terlanggar bahagian kiri kereta sebelum hilang kawalan, terbabas dan jatuh di atas jalan raya.

“Susulan itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Ujar Abang Zainal Abidin, mangsa maut kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk proses bedah siasat.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Kata beliau, masyarakat dinasihatkan supaya memandu secara berhemah dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi menjamin keselamatan diri serta semua pengguna jalan raya.

“Justeru, polis meminta saksi yang menyaksikan kemalangan ini supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Edwin Tang Chiew Song di talian 016-5506863 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” jelasnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pejalan kaki maut terlibat insiden langgar lari

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI