Wanita maut dipercayai terjatuh bangunan

IPOH – Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Sungai Senam, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa, berusia 20 tahun ditemukan oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri serta tidak bernafas sekitar jam 12.09 tengah hari.

“Pemeriksaan awal di lokasi mendapati mangsa mengalami kecederaan retak keseluruhan di bahagian tulang belakang dipercayai akibat terjatuh dari tempat tinggi.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat yang akan dijalankan esok pada jam 9 pagi bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, ketika ini kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR).

“Setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah dan ‘foul play’ ditemukan pada mangsa.

“Sehubungan itu, kita memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini untuk tampil memberi keterangan kepada Ketua Polis Balai Sungai Senam, Inspektor Mohd Al-Shukri Nasir di talian 013-672 0494 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan lanjut,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki maut, terjatuh dari tingkat empat pangsapuri

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI