Wanita maut, suami dan dua anak cedera dilanggar lori

LUMUT – Seorang wanita maut manakala suami dan dua anaknya cedera dilanggar sebuah lori ketika membantu mangsa kemalangan di Jalan Kampung Kayan, Sitiawan awal pagi Rabu.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, turut cedera penunggang motosikal jenis Yamaha EX5 dan pemandu lori berkenaan.

Menurut beliau, panggilan kejadian diterima pada jam 8.19 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 8.50 pagi.

“Setibanya dilokasi didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda yang terbabas di bahu jalan namun pemandu dan penumpang tidak mengalami kecederaan.

“Bagaimanapun sebuah motosikal dinaiki empat sekeluarga yang cuba membantu mangsa kenderaan honda telah dilanggar sebuah lori,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Foto, ihsan JBPM Perak.

Tambah beliau, lori berkenaan turut melanggar sebuah Toyota Hilux dinaiki lima lelaki warga Pakistan dan seorang lelaki tempatan menunggang motosikal Yamaha EX5.

“Ketua Operasi kemudiannya melaksanakan ‘size-up’ dan seterusnya mengaplikasikan Konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hydraulic sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.

“Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, operasi yang disertai empat anggota itu tamat sepenuhnya pada jam 11.10 pagi. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI