Wanita maut, SUV terbabas langgar besi penghadang jalan

LUMUT – Seorang wanita maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 288 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, kejadian sekitar jam 1.30 pagi itu berlaku ketika wanita berusia 51 tahun yang memandu SUV Proton X50 seorang diri dalam perjalanan dari arah Lekir menuju ke Beruas.

“Ketika tiba di lokasi kejadian pemandu SUV terbabit dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 34 tahun.

“Akibat pelanggaran tersebut, pemandu SUV telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang di sebelah kiri jalan.

“Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Siti Syakilla Azmira Abd Aziz di talian 019-880 4450,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Suami maut, isteri cedera kereta terbabas masuk longkang

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI