Wanita nyaris maut kereta terbabas, terbakar

LENGGONG – Seorang wanita nyaris maut apabila kereta yang dinaikinya terbabas dan terbakar di Kampung Baru Air Kala, Jalan Lenggong, di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada  jam 8.30 pagi.

Menurutnya, seramai enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat.

“Kejadian tersebut melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Sentra dipandu seorang wanita berusia 28 tahun dipercayai telah terbabas dan terbakar.

“Mangsa telah berjaya keluar menyelamatkan diri daripada kenderaan tersebut sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami cedera ringan dan dihantar ke klinik menaiki ambulans oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Katanya, ketua operasi membuat pemeriksaan (size-up) dan mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) seterusnya mengarahkan anggota membuat kerja-kerja pemadaman.

“Selepas selesai kerja-kerja pemadaman, kereta itu didapati musnah kira-kira 85 peratus,” jelasnya.

Sabarodzi berkata, operasi tamat sepenuhnya jam 9.20 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Rumah terbakar, lelaki melecur di dada, belakang badan

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI