IPOH – Seorang wanita parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh ke tingkat dua balkoni sebuah pangsapuri di Jalan Lim Bo Seng di sini, pada Jumaat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 12.21 tengah hari.
Menurutnya, sepasukan lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut.
“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati seorang wanita berusia 20 tahun telah terjatuh di balkoni belakang ruangan kompresor penghawa dingin dari tingkat tujuh ke tingkat dua.
“Mangsa mengalami kecederaan parah antaranya patah peha dan luka-luka di bahagian badan.
“Ketua operasi melaksanakan penilaian dan mengaplikasikan konsep LAST dengan mengarahkan anggota mengangkat mangsa menggunakan pengusung ke tempat yang selamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, mangsa diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.
Operasi tamat sepenuhnya jam 1.20 petang. – MG Perak
Artikel Berkaitan:
Wanita warga emas rentung, seorang cedera dalam kebakaran rumah