Wanita rugi setengah juta terpedaya pelaburan saham di Facebook

JOHOR BAHRU – Seorang wanita tempatan kerugian lebih setengah juta ringgit selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan menerusi Facebook.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, wanita berusia 54 tahun itu memberitahu dia berurusan dengan seorang wanita dari China menerusi aplikasi Whatsapp, selepas menekan link pautan Facebook tawaran pelaburan saham tersebut pada Oktober lepas.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya diarahkan memuat naik sebuah aplikasi dan memberi maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan dan maklumat akuan bank bagi tujuan pendaftaran.

“Mangsa yang berminat, telah memasukkan wang berjumlah RM314,000 ke dalam tiga akaun bank syarikat yang berbeza secara berperingkat.

Artikel Berkaitan:

Ditipu pelaburan tidak wujud, ejen insurans rugi RM333,600

“Mangsa kemudian membuat semakan menerusi akaun di dalam aplikasi tersebut dan mendapati telah memperoleh keuntungan sebanyak RM2.03 juta. Namun, mangsa telah diminta untuk membayar sebanyak RM240,000 jika ingin mengeluarkan keuntungan tersebut,” katanya pada kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa sehingga kini tidak memperoleh sebarang keuntungan selepas wanita warga asing tersebut memberitahu bahawa akaun mangsa terlibat dalam kes penggubahan wang haram dan keuntungan tidak boleh dikeluarkan.

Ismail berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dan tidak mudah terpedaya dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan serta membuat semakan dengan pihak berkuasa jika mempunyai sebarang keraguan.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI