Wanita sesat ketika daki Bukit Batu Putih sendirian

GOPENG – Seorang wanita yang dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti mendaki bersendirian di Bukit Batu Putih, di sini ditemui selamat pada petang pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.05 petang dan sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, wanita berusia 24 tahun itu dipercayai sesat ketika melakukan aktiviti mendaki bukit secara berseorangan.

“Tindakan operasi adalah membuat pencarian di kawasan sekitar dan mangsa telah dijumpai selamat kira-kira 200 meter dari lokasi pendakian tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa dibawa turun ke kaki bukit dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Wan Mohd Fadzil Wan Hamzah itu tamat sepenuhnya pada jam 5.35 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua pendaki wanita sesat di Bukit Tiga Ratus ditemukan selamat

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI