Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci

IPOH – Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah berkunci di Taman Azizul Rahman, Kamunting, hari ini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan daripada polis pada 1.05 tengah hari meminta bantuan membuka pintu rumah berkenaan sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting tiba di lokasi lapan minit kemudian.

“Tindakan operasi adalah membuka pintu rumah dengan menggunakan peralatan khas Paratech dan mendapati terdapat seorang mangsa wanita warga emas berumur 64 tahun berada di ruang tamu dan mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 1.56 tengah hari.

— BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI