Wanita warga Indonesia maut, dua cedera kereta terbabas, terbalik

TAIPING – Seorang wanita warga Indonesia berstatus penduduk tetap (PR) maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Taman Menteri, Changkat Jering di sini tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung nahas itu pada jam 12.17 tengah malam.

Menurutnya, sepasukan 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan tersebut.

“Sewaktu tiba di lokasi kita mendapati kemalangan berlaku melibatkan kereta jenis Proton Saga dan Perodua Myvi.

“‘Kemalangan itu mengakibatkan Proton Saga FLX yang dinaiki tiga mangsa melibatkan dua wanita dan seorang lelaki terbabas dan terbalik.

“Mangsa lelaki dan wanita masing-masing berusia 21 dan 19 tahun telah dikeluarkan dari kereta tersebut oleh orang awam dan hanya mengalami kecederaan ringan sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, seorang lagi mangsa wanita berusia 55 tahun berada di dalam kenderaan yang terbalik namun tidak tersepit,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, ketua operasi melakukan penilaian situasi dan mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan).

“Seterusnya anggota diarahkan untuk memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap dan melakukan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang berada di dalam kereta Proton Saga tersebut.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi,” ujarnya.

Katanya, mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya sekitar jam 1.04 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiga maut, tiga cedera nahas SUV, kereta

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI