Wanita warga Myanmar ditemui mati disyaki dibunuh

IPOH – Seorang wanita warga Myanmar ditemukan maut dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Kuala Kuang dekat Chemor, di sini pada tengah hari Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, panggilan kejadian diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh sekitar jam 12.30 tengah hari.

Menurut beliau sepasukan anggota kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang meminta bantuan menghubungi ambulans selepas memaklumkan seorang wanita warga Myanmar ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah rumah.

“Pemeriksaan ke atas mayat wanita tersebut mendapati mangsa telah pun meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, susulan kematian wanita itu, tangkapan dijalankan ke atas suami mangsa bagi membantu siasatan.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI