Warga asing berjalan kaki maut dilanggar berhampiran R&R Tapah

TAPAH – Seorang lelaki dipercayai warga asing maut dilanggar kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, malam ini.

Menurut sumber warga asing tersebut dipercayai pendatang tanpa izin (PATI) etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis lalu.

Katanya, lelaki berkenaan dipercayai sedang berjalan kaki sebelum dilanggar kenderaan dipercayai sebuah van yang melalui laluan tersebut berhampiran R&R Tapah arah selatan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi ketika dihubungi MG Perak mengesahkan perkara berkenaan namun beliau berkata identiti mangsa belum dikenal pasti

“Ada seorang lelaki warga asing, tetapi tidak pasti sama ada tahanan yang lolos atau bukan,” jawabnya ringkas.

Terdahulu MG Perak pada Khamis lalu melaporkan, seramai 131 PATI bertindak melarikan diri dari blok lelaki Depot Imigresen Sementara Bidor.

Bagaimanapun seorang daripada mereka dilaporkan maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 335 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) lewat malam Khamis.

Sehingga Sabtu seramai 51 PATI terdiri daripada etnik Rohingya dan warga Bangladesh berjaya ditahan polis dan imigresen dalam Op Kesan yang dilancarkan bermula 1 Februari 2024 -MG Perak

Artikel Berkaitan:

132 PATI Rohingya lolos dari Depoh Imigresen Sementara Bidor

MGPerak: PATI Pecah Pagar, Kawad Duri Sebelum Lolos Diri – KP Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI